'70 peratus ahli Bersatu keluar parti sertai Pejuang'

Mukhriz - Foto fail Bernama
Mukhriz - Foto fail Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Sebanyak 70 peratus ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) didakwa meninggalkan parti itu dan menyertai Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

Presiden penaja Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, perkara itu berlaku akibat rasa tidak puas hati ahli terhadap pindaan Perlembagaan Bersatu yang membenarkan bukan bumiputera menyertai parti itu.

"70 peratus tidak lagi bersama Bersatu," katanya kepada pemberita selepas hadir pada sidang media Pejuang di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Sidang media Pejuang berlangsung di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.
Sidang media Pejuang berlangsung di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Mukhriz berkata demikian ketika ditanya mengenai bilangan ahli Bersatu yang keluar dan menyertai Pejuang.

Sementara itu, bekas Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Marzuki Yahya berkata, Bersatu mempunyai keahlian sekitar 400,000 orang.

"100,000 daripadanya adalah ahli dari Sabah, Sarawak. Jadi yang tinggal 300,000 dan 70 peratus akar umbi keluar Bersatu dan bersama Pejuang," katanya.

Terdahulu Mukhriz berkata, terdapat kemungkinan pendaftaran Pejuang ditolak Pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Artikel Berkaitan:

"Kalau ditolak bermakna kerajaan tidak berani, tetapi ROS maklumkan setakat ini tiada masalah," katanya.

Pada November lalu, mesyuarat tahunan Bersatu meluluskan usul membenarkan bukan Melayu dilantik ke jawatan-jawatan khas seperti ekonomi, pendidikan dan lain-lain.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!