Kerajaan Selangor gagal tangani isu air

Ahmad Yunus Hairi
Ahmad Yunus Hairi
A
A
A

SHAH ALAM - Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi mempersoalkan tindakan Kerajaan Selangor merobohkan rumah rakyat berpenghuni atas alasan tebatan banjir, namun tidak mengambil tindakan sama terhadap kilang yang mencemar sungai sebagai sumber air.

Beliau mendakwa, Kerajaan Selangor gagal mengatasi pencemaran sungai yang beberapa kali dilapor berlaku di negeri ini hingga menyebabkan 1.2 juta pemegang akaun di Selangor dan Kuala Lumpur terjejas.

Lebih dikesalkan, katanya, pencemaran terbaharu yang mengakibatkan pengguna di tujuh wilayah terkesan dan terputus bekalan air disebabkan pihak sama yang pernah dikenakan tindakan kompaun sebanyak RM60,000 sebelum ini.

“Berlaku beberapa kali pencemaran sungai disebabkan pencemaran bau dan tumpahan minyak di Selangor tahun ini.

“Rumah rakyat berpenghuni dirobohkan alasan tebatan banjir, kenapa kilang yang mencemar sungai sebagai sumber air kepada rakyat Selangor dibiarkan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Kami rasa seperti dizalimi'

Dr Ahmad Yunus yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sijangkang berkata, semua premis haram di pesisir sungai perlu ditutup dan dirobohkan.

Menurutnya, premis kilang yang berlesen pula perlu dialihkan supaya tidak beroperasi berhampiran sungai dan loji rawatan air.

“Bagi menyelesaikan pencemaran sungai berpunca dari kilang, semua premis industri haram di sepanjang pesisir sungai perlu dirobohkan.

ARTIKEL BERKAITAN: 1,292 kawasan di Lembah Klang alami gangguan bekalan air

Artikel Berkaitan:

“Sebanyak 1.2 juta akaun pengguna terjejas, adakah ini tidak cukup memberi pengajaran kepada Kerajaan Selangor untuk bertindak dan bukan sekadar mengenakan kompaun. Loji rawatan sisa kilang harus dikuat kuasakan dan tidak ada lagi aliran secara terus ke sungai,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!