Mesej tular dakwa LPA sudah beroperasi semula palsu: LUAS

No Image Caption
A
A
A
SHAH ALAM -Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menafikan kenyataan tular yang mendakwa Loji Pembersihan Air (LPA) SSP1, SSP2, SSP3 dan Rantau Panjang mula beroperasi semula jam 8 malam tadi.

Menerusi satu kenyataan, LUAS menegaskan maklumat yang tersebar itu adalah palsu.

Menurut kenyataan itu, mesej yang tular memaklumkan pencemaran berlaku di kawasan Sungai Gong telah selesai sepenuhnya.

"Tindakan penyebaran mesej palsu itu mengelirukan orang awam memandangkan insiden pencemaran ini memberi kesan dari segi gangguan bekalan air kepada pengguna.

"Sebarang berita yang tersebar melalui mana-mana aplikasi mesej atau media sosial berkaitan keputusan pemantauan bau oleh pihak LUAS tanpa kenyataan rasmi dimuat naik di portal rasmi mahupun laman Facebook, Instagram dan Twitter rasmi LUAS adalah tidak benar," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan, LUAS bersama pihak-pihak terlibat sedang bertungkus-lumus melaksanakan pemantauan dan langkah-langkah mitigasi pencemaran.

Terdahulu, tular satu mesej memaklumkan laporan terkini isu pencemaran air di Sungai Selangor.

Dalam kandungan mesej yang tular itu turut dinyatakan rekod bacaan bau di empat lokasi sudah mencapai tahap sifar ton.

"Maklumat oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS). Pencemaran berbau di Sungai Gong telah selesai.Alhamdulillah
Artikel Berkaitan:


"Dijangka Loji Rawatan Air (LRA) SSP 123 akan beroperasi semula sepenuhnya pada jam 8 malam.Bersama kita doakan yang terbaik... Insya-ALLAH,"demikian kandungan mesej tular palsu terbabit.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!