[VIDEO] Mekanik terkedu lihat bengkel miliknya terbakar

Kejadian pada jam 11.10 malam mengakibatkan sebuah kedai membaiki motosikal dan baik pulih pendingin hawa kereta di Kampung Chicha, Kubang Kerian terbakar. Gambar kecil: Mohd Afandi Omar
Kejadian pada jam 11.10 malam mengakibatkan sebuah kedai membaiki motosikal dan baik pulih pendingin hawa kereta di Kampung Chicha, Kubang Kerian terbakar. Gambar kecil: Mohd Afandi Omar
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang mekanik pendingin hawa kereta terkedu melihat premis perniagaannya di Kampung Chicha, Kubang Kerian di sini terbakar dalam kejadian jam 11.10 malam tadi.

Mohd Afandi Omar, 36, berkata, dia yang tinggal di Beris Kubur Besar, Bachok bergegas ke kedainya sebaik sahaja mendapat tahu kejadian itu.

"Saya hanya mampu melihat kedai terbakar dari jauh dan sedikit terkilan sebab saya baru masukkan stok selepas tak beroperasi hampir empat bulan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Tapi saya lega tiada kenderaan pelanggan yang hangus," katanya ketika ditemui media di sini malam tadi.

Anggota bomba sedang berusaha memadamkan kebakaran membabitkan kedai membaiki motosikal dan baik pulih pendingin hawa kereta terbakar.
Anggota bomba sedang berusaha memadamkan kebakaran membabitkan kedai membaiki motosikal dan baik pulih pendingin hawa kereta terbakar.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Tumboh, Penolong Penguasa Bomba El Taraff Mohd berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 11.13 malam.

Menurutnya, seramai 30 anggota dari Balai Pasir Tumboh, Kota Bharu, Tunjong dan Pasukan Bomba Sukarela Pasir Tumboh memadamkan kebakaran yang turut melibatkan sebuah kedai membaiki motosikal.

"Sejurus tiba di lokasi kejadian kami dapati dua buah premis perniagaan iaitu bengkel motosikal dan baik pulih pendingin hawa kereta telah terbakar," katanya.

Artikel Berkaitan:

"Tindakan pantas anggota bomba turut berjaya menyelamatkan beberapa buah kedai dan rumah berhampiran kawasan kejadian itu," katanya.

Katanya, anggaran kerugian dan punca masih dalam siasatan forensik bomba.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!