PTD Raub sahkan tiada rundingan dengan pekebun durian

Laporan Sinar Harian berhubung hasrat pengusaha tanaman musang king di Raub yang mahu mengadakan rundingan dengan pihak kerajaan negeri Pahang bagi mempertahankan kebun durian yang diusahakan mereka lebih 40 tahun lalu.
Laporan Sinar Harian berhubung hasrat pengusaha tanaman musang king di Raub yang mahu mengadakan rundingan dengan pihak kerajaan negeri Pahang bagi mempertahankan kebun durian yang diusahakan mereka lebih 40 tahun lalu.
A
A
A

KUANTAN - Pejabat Daerah dan Tanah (PTD) Raub menafikan mengadakan rundingan dengan pekebun durian musang king Raub dalam isu penerokaan haram seperti yang dilaporkan sebuah akhbar tempatan kelmarin.

PTD Raub dalam kenyataan semalam memberitahu kesal dengan dakwaan pekebun berkenaan seperti yang disiarkan dalam dua akhbar terbabit

"Tiada sebarang rundingan dibuat pada Rabu lalu antara pihak kita dengan wakil pekebun durian musang king yang menceroboh tanah kerajaan negeri," katanya.

Kelmarin sebuah akhbar melaporkan pengusaha kebun durian musang king yang mengusahakan tanaman di atas tanah kerajaan dan hutan simpan di Raub mengadakan rundingan dengan kerajaan negeri bagi mempertahankan kebun mereka yang diusahakan lebih 40 tahun.

Sementara itu, Pengerusi Save Musang King Alliance (Samka), Chang Yee Chin berkata, kenyataan yang dikeluarkan akhbar berkenaan tidak benar.

Katanya, penyiaran artikel itu telah mencetuskan kekeliruan dan salah faham.

"Setakat hari ini, saya belum lagi berunding atau mengadakan temu janji dengan Pejabat Tanah dan Galian Raub.

"Saya pun tidak pernah ditemu bual daripada akhbar berkenaan," katanya.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Nafi sudah berunding dengan PTG Raub

Pengusaha tanaman musang king mahu berunding

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!