Najib sindir Khalid 'hilang' pada saat krisis air Selangor

Najib mempersoalkan 'kehilangan' Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pada saat krisis air di Selangor melalui hantaran Facebooknya hari ini.
Najib mempersoalkan 'kehilangan' Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pada saat krisis air di Selangor melalui hantaran Facebooknya hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyindir Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang didakwa 'hilang' pada saat lebih 1.2 juta pengguna air di Selangor mengalami masalah gangguan bekalan air tidak berjadual sejak dua hari lalu.

Ahli Parlimen Pekan itu turut mempersoalkan status Khalid yang juga Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) sama ada pemimpin itu masih wakil rakyat kepada penduduk Shah Alam atau tidak.

"Ko kat mane ni Lid (Khalid). Sini (Selangor) takda air le.

"Boleh pula dia mengeratkan silaturrahim kat Kelantan time (waktu) ini. Lid ni masih MP (Ahli Parlimen) Shah Alam ke tidak," katanya dalam satu hantaran di Facebooknya hari ini.

Beliau berkata demikian bagi memberi respons terhadap hantaran Facebook Khalid yang memaparkan gambar pemimpin Amanah itu sedang mengacau bubur Asyura dalam satu program gotong royong dengan penduduk di sebuah kampung di Kelantan hari ini.

Hantaran Facebook Khalid itu ternyata mengundang kecaman ramai warganet yang menganggap keputusan beliau tidak berada di kawasan perwakilan sewaktu krisis bekalan air di Selangor berlangsung ketika ini adalah tidak wajar.

ARTIKEL BERKAITAN: 1,292 kawasan di Lembah Klang alami gangguan bekalan air

4 LRA Sungai Selangor masih belum beroperasi

Kelmarin sebanyak 1,292 kawasan di tujuh wilayah sekitar Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula jam 10 pagi susulan pencemaran sumber air mentah di Sungai Selangor.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri berkata, gangguan bekalan air itu berlaku selepas empat Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang dihenti bertugas akibat pencemaran itu.

Artikel Berkaitan:

Tujuh wilayah berkenaan ialah Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!