Kedah bangkit genggam tiga mata
KEDAH bangkit mengatasi PJ City FC 2-1 di Stadium Darul Aman bagi aksi keenam Liga Super 2020 selepas ketinggalan kepada kelab tersebut malam ini.
PJ City FC berjaya berada di hadapan 1-0 pada minit ke-15 menerusi Washington Brandao Dos Santos apabila bijak melepasi beberapa pertahanan tuan rumah.
Namun, tuan rumah tidak menunggu masa lama menyamakan kedudukan 1-1 hasil jaringan cantik Kpah Sherman selepas menerima umpanan menarik menerusi Rizal Ghazali pada minit ke-24.
Pada separuh masa kedua, Kedah meningkatkan tempo serangan dan mereka berjaya berada di hadapan 2-1 pada minit ke-67 hasil jaringan Tchetche Kipre.
Usaha Lang Merah untuk meraih tiga mata penuh berjaya apabila keputusan tersebut kekal hingga ke penghujung perlawanan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!