Faizal Tahir guna slanga bahasa Indonesia

No Image Caption
A
A
A

MENUTUP tirai 2018 dengan kejayaan single ‘Ragaman’ yang menampilkan sajian muzik berbeza sehingga video muzik rasmi ‘Ragaman’ menjadi tular dan trending #1 di laman Youtube Malaysia.

Video muzik ‘Ragaman’ nyanyian penyanyi, komposer dan penerbit tersohor Faizal Tahir kini sudah mencecah lebih 15 juta tontonan sejak dimuatnaik di saluran Youtube Faizal Tahir pada 27 September 2018.

Sebagai pembuka lembaran 2019 dan setelah mengacah peminat menerusi laman sosial medianya sejak beberapa minggu lalu, Faizal Tahir kini melancarkan single terbaharunya ‘Bisa Aja’.

Gandingan trio komposer terkenal Faizal Tahir, Mike Chan dan Ezra Kong dalam ‘Bisa Aja’ ini sekali lagi mencipta sajian muzik yang segar. Gubahan muzik ‘Bisa Aja’ menyuntik elemen ‘country pop’ dan rock malah turut menampilkan petikan gitar solo oleh Faizal.

Lebih menarik lagi, apabila judul serta struktur lirik lagu ini menggunakan istilah atau slanga bahasa Indonesia. Sebagai bangsa serumpun di Nusantara ini, bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia berkongsi banyak perkataan dan istilah yang sama. Namun istilah bahasa Indonesia seperti ‘bisa aja’ dan ‘mahu bicara’ malah istilah bahasa Inggeris ‘cell phone’ lebih sinonim digunakan di negara jiran Indonesia.

Faizal yang memang terkenal dengan gimik dan konsep yang tersendiri, telah menyebabkan ramai peminatnya berasa hairan dengan pendekatan terbaharunya ini. Apatah lagi jika disorot laman media sosialnya, Faizal turut menimbukan pelbagai tanda tanya apabila menampilkan video dan gambarnya ketika berada di Jepun sebagai teaser lagu ini.

Bagi mendapatkan kepastian tentang apa yang cuba disampaikan oleh Faizal dalam lagu ini, nantikan video muzik rasmi lagu ‘Bisa Aja’ yang dijangka akan keluar tidak lama lagi.

‘Bisa Aja’ diterbitkan oleh syarikat rakaman milik Faizal sendiri iaitu Faithful Music dengan kerjasama Warner Music Malaysia sebagai pengedar. Single ini sudah boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 18 JANUARI 2019 lalu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!