Wanita cedera dalam kebakaran dua kedai
KUANTAN- Empat termasuk dua wanita terselamat dalam kebakaran melibatkan dua kedai di Kampung Sungai Karang Pantai, di sini petang semalam.
Bagaimanapun salah seorang mangsa wanita dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) akibat melecur pada bahagian kaki.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Anuar Hassan berkata, 10 anggota termasuk dua pegawai bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gebeng bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan pada jam 4.56 petang.
Menurutnya, operasi turut dibantu dari 13 anggota bersama satu jentera dari BBP Kuantan.
"Kebakaran berjaya dikawal jam 6.55 petang namun salah sebuah kedai musnah manakala sebuah lagi terbakar hampir 25 peratus," katanya.
Beliau berkata, operasi tamat pada jam 8.17 malam selepas keadaan di tempat kejadian dipastikan selamat.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!