Penduduk, Rozita Ramli, 50, menggunakan alternatif menyimpan air dalam plastik sampah bagi memastikan bekalan air mencukupi di rumahnya sepanjang tempoh tiada bekalan air pada 10 hingga 14 Januari nanti. Foto Bernama
Beliau juga menyimpan air dalam tong dan bekas-bekas lain.
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) memaklumkan kepada orang awam supaya mengambil tindakan sewajarnya bagi menghadapi gangguan bekalan air dalam tempoh tersebut.
PBAPP mengumumkan 590,000 pengguna termasuk bukan domestik akan mengalami gangguan air berjadual selama 96 jam bermula 6 pagi, 10 Januari hingga 6 pagi, 14 Januari bagi memberi laluan kepada kerja penggantian dua unit injap di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua, Butterworth selain kerja sampingan lain di 22 lokasi di seluruh Pulau Pinang.
--fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA