KUALA TERENGGANU, 29 April -- Bedil yang diletupkan dengan menggunakan alat kawalan jauh oleh Penyelia Piroteknik Red Flame Special Effects Sdn Bhd, Shafuan Shafie bagi menandakan waktu berbuka puasa ketika tinjauan di Bukit Panorama, semalam.
Bunyi tembakan bedil yang diletupkan di lokasi dengan ketinggian kira-kira 600 meter dari aras laut itu adalah tradisi di negeri ini setiap kali Ramadan, menandakan waktu berbuka puasa dan imsak.
Namun dentuman yang turut mengeluarkan bunga api kini tidak lagi dapat dilihat oleh orang ramai yang bersantai serta berbuka puasa di kawasan lapang di bandaraya Kuala Terengganu berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Percikan bunga api setinggi 350 meter itu boleh dilihat sehingga tujuh kilometer radius manakala bunyi dentuman bedil pula boleh didengari sehingga 15 kilometer radius.
--fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA