Soria Nordin ketika ditemui Bernama di Pameran Bidan anjuran Muzium Negara baru-baru ini.
Soria berulang-alik lebih 60 kilometer ke dalam hutan melalui jalan kebun kelapa sawit berlumpur dengan menunggang motosikal demi memastikan masyarakat Orang Asli di kawasan tersebut mendapat perkhidmatan kesihatan.
Pameran yang berlangsung dari 1 Mei hingga 31 Julai ini mempamerkan artifak dan bahan berkaitan dunia perbidanan daripada pelbagai masyarakat berupaya menjadi platform untuk orang ramai lebih memahami adat, tradisi serta ilmu bidang berkenaan selain menjadi tarikan pelancong.
Pameran julung kali itu juga menyalurkan informasi untuk mempelajari adat, budaya serta tradisi ilmu perbidanan pelbagai kaum dan dapat dijadikan penghubung antara ilmu perbidanan tradisional dengan moden.
--fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA