Anggota polis bersama tentera dan Rela terus melakukan sekatan jalan raya untuk memeriksa kenderaan yang melalui jalan utama di Felda Mempaga, Bentong hari ini.
Sekatan jalan raya yang dilakukan di seluruh negara sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai langkah kerajaan untuk membendung penularan virus COVID-19 di negara ini. - Foto Bernama
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media harian berkata kes positif COVID-19 dalam negara yang terus menunjukkan penurunan bukan bermakna orang ramai boleh melanggar segala peraturan PKP dan beliau mengingatkan, segala peraturan selama ini masih terus kekal dan pematuhan kepada peraturan berkenaan perlu menjadi tanggungjawab semua pihak.
--fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA