Cuaca panas melampau yang melanda daerah Pokok Sena dipercayai antara sebab pesawah mengalami kemerosotan hasil padi antara 20 hingga 30 peratus berbanding musim lepas. - Gambar hiasan Foto Bernama
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata kesan fenomena cuaca panas ketika ini menjadikan pengeluaran padi tidak memberangsangkan dan berkurangan.
Menurut beliau, hasil padi pada tahun ini dijangkakan pada kadar 62 peratus dan cuaca panas yang telah berlarutan sejak tiga tahun lalu menyebabkan pengeluaran tidak memberangsangkan.
Mengulas lanjut, Mohamad berkata pihaknya akan terus berusaha memastikan pengeluaran padi di setiap kawasan tanaman seluruh negara dapat mencapai tahap 10 tan per hektar seperti yang dicapai di Sekinchan, Selangor dan Lat 1,000 di Perlis.
--fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA *** Local Caption ***