Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof (tiga, kiri) menyampaikan replika cek jumlah keseluruhan bantuan Ihya Ramadan dan pengimarahan masjid dan surau bernilai RM8,650,000 kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Mohd Ajib Ismail (dua, kanan) pada Majlis Pelancaran Marhaban Ya Ramadan Peringkat Kebangsaan di Masjid Wilayah Persekutuan hari ini.
Turut kelihatan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah (tiga, kanan), Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Prof Datuk Dr Azizan Baharuddin (kanan), Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Mohamad Nordin Ibrahim (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAWIP) Datuk Abdul Aziz Jusoh (dua, kiri). Foto Bernama